***Selamat Melayari Blog Pusat Sumber SK Pelangai - TERIMA KASIH***

Saturday, April 18, 2009

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalammualaikum/Salam Sejahtera

Kepada semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM), guru-guru dan sesiapa sahaja yang sudi melawati blog ini.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita telah dapat menjalankan tugas kita dalam keadaan tenang dan berhemah pada tahun 2009 ini.

Sesi persekolahan Tahun 2009 telah dimulakan pada 5.1.2009, tahniah & syabas diucapkan kepada semua GPM sekolah-sekolah di Negeri Sembilan khasnya di daerah Kuala Pilah yang baru dilantik mahupun yang berjaya mengekalkan jawatan ini.

Buat semua rakan GPM, strategi mengutamakan perancangan sudah pasti akan dapat mengelakan pembaziran masa dan pasti dengan meletakkan keutamaan kepada core business, seorang pendidik bergelar GPM akan berjaya mengurus tugasnya dengan baik dan tenang.

Dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu pasti kita dapat memelodikan irama tugasan dengan bijak dan bertanggungjawab.

Aktiviti bulan telah berjalan dengan agak padat juga dan pasti ianya telah memanaskan kita untuk berfikir "APA YANG SAYA BELUM BUAT LAGI?" Dengan melihat diari hati kecil kita sudah pasti dengan mudah kita dapat jawapannya.

Seorang GPM yang berkesan pasti akan membuka mindanya untuk terus berfikir "APAKAH SAYA AKAN TABAH DAN MAMPU MENGHADAPI SEGALA CABARAN TUGAS?"

Membuka senarai semak tugas-tugas yang telah dipertanggungjawab kepada kita adalah satu cara yang mesti kita lakukan untuk menentukan bahawa kita tidak ketinggalan dengan orang lain yang telah mula pecutan lariannya mengejar sinaran kegemilangan.

Dengan tekad Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing, bulan seterusnya yang akan menjelma sudah pasti akan menghidangkan lembaran baru yang pasti mencabar kewibawaan kita sebagai seorang Guru Perpustakaan dan Media sejati.

"KEKALKAN KEJAYAAN UNTUK KECEMERLANGAN, KEKALKAN KECEMERLANGAN UNTUK KEGEMILANGAN"

NASIB GURU HARI INI

.....hari ini kita ibarat punca semua masalah..
.....hari ini kita diarah untuk mengajar tapi tangan diikat ..mulut dikunci...
.....hari ini kita boleh dituding-tuding oleh pelajar..ibu bapa..
.....hari ini kita tiada apa-apa untuk dibanggakan...
.....hari ini kita menjadi bahan media untuk diketengahkan kelemahannya...
.....hari ini kita sekadar mampu melihat kepincangan..menegur salah ...diam pun salah...

.....esok pula.....Huh?


** mampukah aku berdiri di sini sebagai seorang guru sedangkan saban hari aku melihat kepincangan anak didikku yang tak mampu lagi ku asuh lantaran cepatnya kemajuan yang melanda, lantaran aku semakin kerdil ... hingga anak didikku tidak peduli lagi siapa itu insan yang bergelar guru....*

Tuesday, April 7, 2009

Mesyuarat Agong PIBG


Mesyuarat Agong PIBG telah dijalankan pada 7 April 2009 bertempat di Dewan SK Pelangai